KREW-KREW CIKGU

Tuesday, January 29, 2013

SIMPULAN BAHASA


LATIHAN 5
SIMPULAN BAHASA

ARAHAN: SILA ISI TEMPAT KOSONG DENGAN SIMPULAN BAHASA YANG SESUAI.


Batu api                   Ringan tulang              Ayam tambatan                        
                       Ulat buku                             Buah tangan


1.      Ali seorang yang …………….. kerana dia selalu membantu ibunya berniaga.
2.      Fira cemerlang dalam pelajaran kerana dia seorang ……………….
3.      Ibu membawa ..……………  semasa menziarah sahabtnya yang sakit di hospital.
4.      Aris menjadi …………… bagi pasukan bola sepak sekolahnya.
5.      Minah suka menjadi …………..dalam pertelingkahan Siti dan Ros.


LATIHAN 6

Bina 5 ayat berdasarkan simpulan bahasa yang diberi.

Kaki bangku             Tangan panjang             Hati batu              
                     Rabun ayam                       Buah hati

Sila siapkan latihan dan hantar kepada cikgu pada 31/1/2013.

Tuesday, January 15, 2013

LATIHAN 4

Arahan : Sila hayati video “Hikayat Sang Kancil dan Buaya” di bawah.


1.      Berdasarkan bahan rangsangan di atas, huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.


Sila siapkan dalam buku latihan Bahasa Malaysia dan hantarkan kepada Cikgu Miza pada hari Isnin, 14.01.2013.

LATIHAN 3


Arahan : Bina tiga ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan tersebut.
Senaraikan empat pengajaran yang terdapat di dalam bahan  rangsangan tersebut.

Sila siapkan di dalam buku latihan Bahasa Malaysia dan hantar kepada saya  pada hari Jumaat 11.1.2013

Tuesday, January 8, 2013

LATIHAN 2


ARAHAN: Berdasarkan pantun 4 kerat di bawah senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.


Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa ;
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.





Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pangkal kelapa; 
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.


Budak-budak berkejar- kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.





Buah cempedak bentuknya bujur,
Sangat disukai oleh semua;
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Ihsan : www.saujana.sg



LATIHAN 1

ARAHAN: Tulis sebuah karangan antara 100-150 patah perkataan. Karangan hendaklah berkaitan dengan tajuk " Aku sekaki payung."



Sila tulis karangan di dalam buku tulis dan hantar kepada cikgu pada tarikh 14.1.2013