ada gula adalah semut
di mana ada rezeki disitulah ramai orang
alah bisa tegal biasa
perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
bagai hujan jatuh ke pasir
kebaikan (sepertipertolongan) yangsia-sia atau tidak berbalas
bagaimana acuan begitulah kuihnya
a. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
b. keadaan sesuatu itu menurut asalnya
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
a. bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
b. bagaimana perbuatan/perkataan demikianlah balas dan jawapannya
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
berani kerana benar, takut kerana salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan kebenaran
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
a. walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga
b. walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan/perkara-perkara yang berfaedah
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
besar periuk besar keraknya
orang yang berpendapatan besar, besar pula perbelanjaannya
biar putih tulang, jangan putih mata
a. mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
b. lebih baik mati daripada menanggung malu
burung terbang dipipiskan lada
merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
a. apabila kita menetap di sesebuah negeri (seperti kampung, masyarakat) kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut
b. segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
ditatang bagai minyak yang penuh
sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta
kusut di hujung, bawa ke pangkal
apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah
malu berkayuh perahu hanyut
a. kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya,
b. akan membuat kesilapan kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
ringan tulang berat perut
jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki
seperti anak ayam kehilangan ibu
sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya
tangan mencencang bahu memikul
kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
tiada rotan akar berguna
kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
harapkan (mendengar) guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
a. pembahagian yang sama rata dan adil
b. sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
jauhari juga yang mengenal manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat )
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri ( tidak sombong )
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu
seperti tikus jatuh ke beras
a. orang yang dapat kedudukan yang mewah
b. seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa